NOVEL HIKMAH

NOVEL HIKMAH




TEMA
Tema novel ini ialah kepincangan dalam keluarga yang menyebabkan anak memberontak dan berubah tingkah laku. Amri adalah anak yang baik dan bertanggungjawab kepada keluarganya. Malangnya, sikap ayahnya yang berubah menjadi kejam dan tidak bertanggungjawab terhadap keluarga menyebabkan Amri yang berubah sikap.

PERSOALAN
Tanggungjawab bapa terhadap kesejahteraan keluarga.
Kasih sayang ibu terhadap anaknya
Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua orang tuanya
Peranan pengawas dalam melaksanakan undang-undang sekolah
Prihatin dan simpati terhadap insan yang memerlukan
Saling memaafkan atas kesilapan lampau

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak utama 

Amri
-seorang pelajar sekolah menengah dan merupakan anak tunggal dalam keluarganya.
-seorang kaki buli dan sering mengugut pelajar junior supaya membayar wang perlindungan.
-seorang pendendam.
seorang anak yang taat akan perintah ibunya.

Sapura
-seorang pengawas sekolah
-seorang yang tegas dan berani.
-seorang yang baik hati.

Emak Amri
-seorang ibu yang kasih akan anaknya.
-seorang isteri yang taat akan perintah suaminya.
-seorang yang pemaaf kerana sanggup memaafkan suaminya dan sedia menerima kehadiran suaminya semula.

Watak sampingan

Ayah Amri
-seorang kaki pukul.
-terlibat dengan penagihan dadah.
-sering memukul isterinya untuk mendapatkan wang.
-akhirnya menyesal akan perbuatannya.

PLOT
Binaan Plot:


(a) Peristiwa disusun secara tidak kronologi. Terdapat peristiwa imbas kembali. Contohnya, Sapura teringat kembali peristiwa ketika dia hendak ke kantin untuk bersarapan. Sapura terlihat akan Amri sedang memarahi seorang pelajar junior. Bermula daripada peristiwa itulah Sapura melaporkan hal itu kepada Cikgu Salman dan Amri dikenakan hukuman.


(b) Pada permulaan cerita, Amri berasa sakit hati kepada Sapura apabila pengawas sekolah itu mengadukan halnya mengugut Saleh kepada guru disiplin sekolah, Cikgu Salman. Oleh sebab Sapuralah, dia telah dirotan oleh Cikgu Salman. Amri bertekad untuk membalas dendam terhadap Sapura.


(c) Plot berkembang apabila Amri memarahi ayahnya kerana menyebabkan kehidupan mereka sekeluarga susah. Ayahnya sering meminta duit daripada ibu Amri. Amri bersimpati terhadap ibunya. Amri sangat sayang akan ibunya. Tetapi Amri tidak berdaya untuk membantu ibunya. Pada suatu hari, ibu Amri telah dipukul oleh ayahnya sehingga luka di dahi. Amri segera ke bandar untuk membelikan ibunya ubat.


(d) Pada bahagian klimaks, Amri telah ditahan oleh seorang lelaki yang cuba menyamunnya ketika pulang dari farmasi. Lelaki itu dan kawannya meminta wang daripada Amri. Oleh sebab Amri tidak memberi mereka wang, mereka telah memukul Amri dan menuangkan ubat yang dibeli oleh Amri untuk ibunya.


(e) Plot mula menurun apabila Sapura dan ayahnya membantu Amri yang cedera dipukul penyamun. Mereka membawa Amri ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Amri dan emaknya mengucapkan terima kasih kepada keluarga Sapura kerana membantu mereka.


(f) Plot ditamatkan setelah Amri insaf. Kini, Amri dan Sapura berkawan baik. Amri juga telah berubah menjadi menjadi murid yang baik dan pelindung kepada murid-murid yang lemah.

NILAI DAN PENGAJARAN

BERTANGGUNGJAWAB
Ibu Amri menjalankan tanggungjawab seorang ibu dengan menyediakan makan tengahari dan wang saku untuk persekolahan Amri.