NOVEL ERTI SEBUAH PENGORBANAN



Tema
Kasih sayang
Iman Zulaikha amat menyayangi kedua-dua ibu bapanya.  Setelah mereka bercerai, Iman ditinggalkan bersama-sama datuk dan neneknya di kampung.  Namun, hubungan ibu dan bapanya masih baik sebagai sahabat. Pelbagai usaha dilakukan agar kedua-dua ibu bapanya dapat bersatu semula. 

Persoalan


1.  Persoalan pengorbanan
     Ayah Iman dan ibu Adif Danial, terpaksa mengorbankan hasrat mereka untuk berkahwin   
     kerana  anak-anak mereka tidak menyetujui perkahwinan tersebut.  Ayah Iman akur  
     dengan permintaan Iman agar beliau berbaik-baik dengan bekas isterinya semula.  Adif
     Danial pula belum bersedia untuk menerima orang baharu sebagai ayahnya.

2.  Persoalan ketabahan
     Iman tabah menghadapi dugaan dan cabaran yang dihadapinya.  Setelah ditinggalkan
     oleh ibunya yang melanjutkan pelajaran di New Zealand, dia menyesuaikan dirinya
     tinggal dengan datuk dan neneknya di kampung.  Segala masalah dihadapinya tanpa
     merungut malahan dia lebih berazam untuk berjaya.

3.  Persoalan hubungan persahabatan
     Iman dan Pei Wen bersahabat baik dan sering mencurah rasa serta sama-sama
     menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.Kegigihan
     Iman gigih berlatih untuk memenangi pertandingan pidato bagi mewakili sekolahnya ke  
     peringkat daerah.

4.  Persoalan taat kepada perintah agama
     Iman sentiasa menunaikan sembahyang dan memohon doa agar segala apa yang
     dihajatinya tercapai.

 Plot
Permulaan
Iman Zulaikha merupakan pelajar tingkatan satu yang tinggal bersama-sama datuk dan neneknya di kampung.  Iman tinggal bersama-sama dengan ibunya setelah pihak mahkamah memberikan hak penjagaan kepada ibunya.  Iman kemudiannya berpindah ke kampung kerana ibunya melanjutkan pelajaran ke New Zealand.  Namun, kerana kasih sayang terhadap ibu dan bapanya, dia menyimpan hasrat untuk menyatukan mereka semula.
Perkembangan
Dia amat senang berkawan dengan Pei Wen yang tinggal bersebelahan rumah datuknya di kampung.  Mereka sering  bersama-sama ke sekolah.  Pei Wen dan Iman berkongsi suka duka dan sering mengatasi masalah bersama-sama.  Iman dan ibunya sering berhubung melalui kiriman e-mail.
Perumitan
Linda, rakan sekelas Iman, sering menimbulkan masalah kepada Iman kerana Linda tidak mahu berbaik-baik dengan Iman.  Hal ini menghairankan Iman.  Apabila Cikgu Julia mencari wakil pidato untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah, Linda menjadi pesaingnya.  Kemunculan Adif Danial yang berkawan rapat dengan Iman, Pei Wen dan Zulkarnain tambah menaikkan kemarahan Linda.  Linda menyuruh Iman menarik diri daripada pertandingan tetapi tidak dipersetujui oleh Iman. 
Puncak
Iman memenangi pertandingan pidato peringkat daerah hasil daripada kegigihannya berlatih walaupun pelbagai masalah yang dihadapinya sepanjang tempoh persediaan bagi menyertai pertandingan tersebut.  Dua hari sebelum bertanding, diari dan teks pidatonya hilang.  Namun dia cekal.  Ayahnya turut hadir memberikan sokongan pada hari pertandingan.
Peleraian
Datuk dan nenek mengadakan kenduri kesyukuran bagi menghargai kejayaan Iman.  Berita yang paling menggembirakan Iman ialah bapanya bersetuju untuk membawa Iman serta datuk dan neneknya ke New Zealand bertemu dengan ibunya.

Teknik Plot

1.    Dialog
      Perbualan antara Iman dan Pei Wen semasa Pei Wen mengadu tentang ibu tirinya yang sering tidak bersefahaman dengannya.
2.    Kejutan
      Pembaca dikejutkan dengan berita bahawa Yusri ingin membawa Iman berjumpa dengan ibunya di New Zealand.
3.    Imbas kembali
      Iman terkenangkan peristiwa semasa usianya 12 tahun, ibu dan bapanya bercerai.
4.    Suspens
      Pembaca tertanya-tanya peristiwa ketika Adif Danial melarikan diri daripada Yusri ketika pertemuan mereka di sekolah.

Watak dan Perwatakan 
Watak Utama
Iman Zulaikha
Ø  Pelajar tingkatan satu
 Ø  Penyayang
Iman amat menyayangi kedua-dua ibu dan bapanya walaupun mereka telah bercerai.  Malahan Iman bercita-cita untuk menyatukan mereka semula.
 Ø  Gigih
Iman gigih berlatih untuk memenangi pertandingan pidato peringkat sekolah dan peringkat daerah.  Hasil usahanya yang gigih, dia berjaya menjadi johan.
  Ø  Pemaaf
      Iman merupakan seorang yang pemaaf.  Dia memaafkan kesalahan Linda yang pernah menolaknya sehingga jatuh tangga dan mengambil diari serta teks pidatonya sebelum pertandingan.
Ø  Berani
     Iman berani menentang Linda yang menyuruhnya menarik diri daripada pertandingan pidato agar memberi laluan kepadanya.

Watak Sampingan
Cikgu Julia
Ø  Merupakan guru kelas Iman Zulaikha.
Ø  Seorang guru yang bertanggungjawab terhdap semua muridnya.
Ø  Telah banyak membantu Iman Zulaikha dalam pelajaran dan pertandingan pidato yang di sekolahnya.


Pei Wen
Ø  Merupakan sahabat baik Iman.
Ø  Belajar dalam kelas yang sama dan tinggal sekampung dengan Iman Zulaikha. Tinggal dengan emak tirinya.


Adif Danial.
Ø  Merupakan sahabat baik Zulkarnain.
Ø  Rakan sekelas Iman Zulaikha.
Ø  Merupakan pelajar terbaik dalam kelas 1 Dinamik.


Linda
Ø  Merupakan rakan sekelas Iman Zulaikha.
Ø  Suka menyakiti hati Iman dan akhirnya dia insaf akan kesalahannya dan berbaik semula dengan Iman Zulaikha.


 Latar

Latar Masa
Ø  Pada waktu pagi.
Sewaktu sesi persekolahan pagi bermula jam 7.35 pagi.
Contohnya, sewaktu di dalam kelas Linda telah mengasari Iman.
Ø  Pada  waktu petang.
Selepas sesi persekolahan.
Contohnya, Iman menemani Pei Wen membeli barang di pasar raya.
Ø  Pada  waktu malam.
Hubungan Iman dengan ibunya.
Contohnya, Iman selalu berbalas e-mail dengan ibunya yang berada di New Zealand.

Latar Tempat
Ø  Sekolah
Tempat  Iman, Pei Wen, Zulkarnain, Linda dan Adif Danial menuntut ilmu.
Ø  Rumah datuk dan nenek Iman
Tempat tinggal Iman setelah ibunya pergi melanjutkan pelajaran ke New Zealand.
Ø  Port Dickson
Bapa Iman, Yusri membawa Iman dan datuk neneknya bersiar-siar ke Port Dickson.
Ø  Kampung
Iman tinggal bersama-sama dengan datuk dan neneknya di kampung.

Latar Masyarakat
Ø  Masyarakat pelajar
Masyarakat ini diwakili oleh Iman, Linda, Pei Wen, Zulkarnain dan Adif Danial.
Ø  Masyarakat kampung
Iman tinggal di kampung bersama-sama datuk dan neneknya.
Ø  Masyarakat yang patuh kepada agama
Datuk selalu bersembahyang jemaah di surau berhampiran rumahhnya di kampung tersebut.

Nilai
1.    Nilai kasih sayang
Iman amat menyayangi ibu dan bapanya walaupun mereka telah berpisah.  Datuk dan nenek Iman juga amat menyayangi Iman.
2.    Nilai ketabahan
Iman tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai kemenangannya dalam pertandingan pidato peringkat sekolah dan daerah
3.    Nilai kerajinan
Iman merupakan seorang pelajar yang rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran.
 Pengajaran
  1.    Kita hendaklah menyayangi ibu dan bapa walaupun mereka telah berpisah kerana tanpa mereka, kita tidak akan lahir ke dunia.
2.    Kita perlu tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai kemenangan dalam sesuatu pertandingan.
3.    Sebagai seorang pelajar kita haruslah rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran.